Wednesday, June 3, 2009

MODUL LATIHAN DAN MOTIVASI PASAK

Latihan dan Motivasi PASAK
.
Modul PASAK telah digunakan dalam siri ceramah, motivasi dan latihan di seluruh negara. Modul PASAK ini telah memberi kesan yang mendalam kepada para peserta. Kesan motivasi PASAK kepada golongan sasar
.
Kesan Modul PASAK
.
Modul PASAK dibina untuk meyakinkan golongan sasar kepada kebenaran akidah Islam yang terangkum dalam (1). Ketuhanan (2) Kenabian (3) Sam'iyat (4). Ruhaniyyat. Keyakinan kepada perkara ini akan menghasilkan kepatuhan kepada syariat (peraturan) yang diberikan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya. Apabila mereka mematuhi syariat Islam, maka terbentuklah akhlak Islam.
.
Syariat Islam
.
Perbuatan dan tingkahlaku seorang Islam dinilai dari sudut hukum berikut:
1. Wajib
2. Sunat
3. Harus
4. Makruh
5. Haram
.
Hukum-hukum wajib ini memberi maksud amalan dan perbuatan tersebut di beri ganjaran pahala apanila dilakukan dan diberi balasan dosa apabila ditinggalkan. Umpamanya amalan yang wajib itu ialah rukun Islam seperti sembahyang, zakat, haji, puasa dan perkara-perkara lain yang bukan tergolong dalam rukun Islam tetapi diperintah oleh Allah s.w.t. seperti berbuat baik kepada kedua ibubapa, menunaikan janji, amanah, membayar hutang, mencari rezeki dan lain-lain. Hukum-hukum sunat bermakna sekiranya suruhan itu dilakukan, maka seseorang itu akan diberi ganjaran tetapi sekiranya ditinggalkan tidak berdosa. Umpamanya senyum, memberi salam, memberi sadaqah, menjaga kekemasan diri seperti bersikat rambut, siwak, mandi, suka menolong orang lain, bergaul dengan masyarakat dan sebagainya. Hukum-hukum haram seperti rasuah, zina, minum arak, judi, membunuh, mengumpat, dan sebagainya tidak akan dilakukan oleh mereka yang YAKIN dengan perkara yang berkaitan dengan akidah. Caranya ialah bagaimana hendak meYAKINkan manusia.
.
Bagaimana Caranya.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. mereka menyaksikan Nabi sendiri secara pada diri Nabi Muhammad s.a.w. sendiri akan akhlak dan amalan nabi. Mereka juga berpeluang untuk melihat Mu'jizat Nabi Muhammad s.a.w. Dua perkara ini antara yang meYAKINkan mereka kepada kebenaran Akidah Islam. Sekarang bagaimana?
.
Mu'jizat
.
Mu'jizat merupakan fenomena luarbiasa yang ditunjukkan oleh para Nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. Fungsi mu'jizat hanya SATU saja iaitu untuk meYAKINkan manusia kebenaran ajaran yang dibawa oleh para Nabi. Apabila orang menyaksikan mu'jizat Nabi mereka akan menjadi YAKIN kepada kebenaran ajarannya. Al-Quran adalah mu'jizat Nabi yang teragung dan akan dijaga oleh Allah sehingga Hari Qiyamah nanti.
.
Al-Quran Sebagai Mu'jizat Teragung
.
Modul ini menggunakan kaedah membuktikan kebenaran al-Quran yang merupakan mu'jizat teragung Rasulullah s.a.w. Apabila manusia YAKIN kepada al-Quran mereka akan YAKIN kepada segala perkara yang dinyatakan oleh al-Quran.
.
Dapatan Kajian Aplikasi Modul PASAK
.
Maklumbalas dari para peserta yang menyertai program motivasi PASAK mendapati perubahan ini berlaku pada diri mereka:
.
1. Ada peserta yang menyatakan bahawa mereka pada mulanya tidak percaya kewujudan Tuhan, namun selepas melihat bukti kebenaran al-Quran mereka menjadi YAKIN kepada kewujudan Tuhan dan mereka berjanji untuk hidup sebagai seorang Muslim.
.
2. Ada peserta yang menyatakan bahawa sebelum ini merekamerasa was-was tentang kebenaran ajaran Islam, tetapi selepas mereka menyaksikan kebenaran al-Quran mereka menjadi YAKIN.
.
3. Ada peserta bukan Muslim yang mula mempercayai kebenaran ajaran Islam.
.
Untuk membaca testimoni mereka sila KLIK blog pautan yang berjudul MORE TESTIMONIES